Kempen DEACTIVATE Voicemail anda!

Saturday, April 09, 2011

Korang mesti ingat aku nak sambung pasal 'Ancient Aliens' tu kan? Memang aku nak sambung pasal tu. Tapi, disebabkan aku belum habis tengok lagi sampai habis sampai habis siri tu (tinggal lagi satu episod), aku akan sambung balik tak lama lagi. Heheh.

Kali ni, aku cuma nak kongsi sedikit info pasal voicemail kat handphone kita. Aku rasa ramai antara kita yang bengang betul bila panggilan kita masuk voicemail kawan kita. Bila dekat 20 saat panggilan itu tak diangkat, automatik akan keluar suara awek,

Ini khidmat pesanan suara. Sila tinggalkan pesanan anda selepas ini. Beepp~~..
Adakah korang tahu kalau kita gunakan prepaid, dengan mendengar suara awek ni kredit korang akan dipotong. Postpaid aku tak pasti. Tapi, rasanya sama jer kot. Heh.

Cuba bayangkan kalau banyak kali korang termasuk ke perkhidmatan voicemail ni sebab kawan korang tak nak angkat telefon atau tak dapat angkat telefon atau tak sedar telefon diorang berbunyi, kan ke membazir kredit korang? Tak ke membazir bil korang?
Alaa~~.. Berapa sen sangat bro~~?? Itu pun nak berkira ke??
Ini bukan berkira brader. Kita sepatutnya bayar perkhidmatan yang kita gunakan jer. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Syarikat telekomunikasi kita bukan murah hati sangat. Kita bagi duit kita buta-buta macam tu jer untuk servis yang kita tak guna.

Kenapa aku cakap tak guna?

Eleh.. Cuba korang fikir balik.
Berapa kali sangat korang guna khidmat pesanan suara tu?
Silap-silap, tak pernah pun. Dan yang paling teruk, katakanlah ada orang bagi voice message kat korang,
Berapa ramai antara korang yang dengar pesanan tu?
Mesti ramai tak pernah. Sebab korang tau, dengan mendengar pesanan suara tu, korang akan dikenakan caj. Betul tak?

Kita boleh jer nak ingatkan kat kawan-kawan kita kalau diorang tak nak masuk ke voicemail, diorang kena cepat-cepat drop call lepas 15 saat panggilan diorang tidak dijawab. Tapi, banyak orang tak peduli pasal nasihat kita. Akhirnya diorang marah-marah bila kredit diorang kena potong sebab masuk voicemail. Dulu ada satu kes, orang marah dengan Celcom sebab voicemail kenakan caj sampai seringgit walaupun dia tak tinggalkan apa-apa pesanan suara. Kalau sepuluh kali dah sepuluh ringgit. Mak oi~!! Mudahnya diorang buat duit!!

Jadi, kita kena mulakan kempen untuk menggalakkan kawan-kawan kita untuk menyahaktikan (deactivate) perkhidmatan voicemail diorang. Dengan melakukan ini, kredit kita akan selamat dari ditelan oleh syarikat telekomunikasi kita yang sememangnya 'murah' hati itu. Hehe.

Bagaimana caranya?

Mudah jer. Aku letak kat sini cara-cara untuk deactivate voicemail korang.

Maxis
Activate – *#109#
Deactivate – ##109#


Digi
Active – Call 016-2211800
Deactivate – *128#, pilih mobile service, voice mail & deactivate.


Celcom
Activate – *61*17<7 digit terakhir nombor Celcom anda>#
Deactivate – ##002#

Buat masa ni aku cuma dapat untuk Maxis, Digi dan Celcom jer. Sebab kebarangkalian untuk kawan-kawan kita guna TuneTalk atau U-Mobile adalah sangat rendah. Jadi, aku rasa kita boleh abaikan dua kompeni ni. Wahahaha.

Jadi, tunggu apa lagi? Sebarkan kepada semua orang agar 'menyahkan' servis yang tidak begitu praktikal ini. Langkah mudah ini boleh menyelamatkan kredit kita semua. Kalau korang dah deactivatekan servis ni, TAHNIAH!! Dengan melakukan ini, memang betul kita tak boleh selamatkan kredit kita. Tapi, kalau kawan-kawan kita buat langkah yang sama macam kita, dah tentu diorang boleh menyelamatkan kredit kita. Hehehe..

Oopss. Lupa pulak. Untuk mengkaji tahap kesedaran dan kepenggunaan kita semua pasal perkhidmatan voicemail ni, sila vote kat Facebook Question yang aku dah buat ni. Klik gambar kat bawah ni untuk mengundi.


Terima kasih banyak untuk participation korang.


Lihatlah Siapa Yang Menulis,


Kama Irahsa

HAA..KALU DAH SINGGAH SINI TU, TINGGALKAN LER JEJAK SKIT KT BAWAH NI.

Share

31 komen:

afrohead said...

memang berguna sangat informasi ni. tengkiu bro!

Kama Irahsa said...

afrohead,

haha. dulu pernah ade org suggest aku deactivate bende alah ni. ms tu pk mls la.. tp, buat bende alah ni xkena caj pun. so, xkisah la.. leh save skit. hehe

chii said...

selalu dpt dr atok angkt je..mmg dia rajin kasi pesanan cinta kat cucu dia sorang ni...ehehe..

skali dgr..20 jatuh...kira ok la kalo ada yg kasi pesanan betul2..ad yg penah takde kata pape pun..tu yg tensen tu..x pasal2..grrr

Kama Irahsa said...

chii,

kalu kite mmg btul2 perlukn xpe. tp, kite xgunakn pun servis tu. mslhnye org yg call kite la. kalu kite xangkt, kredit org tu yg kena potong. isk..so, baik kite slmtkn kredit kwn2 kite. hehe

Anonymous said...

info yg bergune dah try for maxis die reply 'request not complete' camne nie?? FYI aku pkai postpaid.

syikin said...

info yg bergune dah try for maxis die reply 'request not complete' camne nie?? FYI aku pkai postpaid

Kama Irahsa said...

syikin,

yeker xbole? sbb aku pkai maxis postpaid jugak. bole jer deactivatekn voicemail tu..cube try lg. kot2 bole pasni. hehe..

Fadh said...

aku dah deactivate voicemail dari dulu lagi..sebab aku fikir kalau aku tutup phone tu maknanye aku tak ready untuk di ganggu oleh sesapa. Kalau nak call, tunggu aku aku on phone atau aku dah abis bercakap dulu dgn orang lain. :)

chein lein said...

ive tried for several times to deacvtivate my voicemail service by pressing the code, but it doesnt work at all.. so what should i do...? please help.. im using hotlink postpaid.. :(

Anonymous said...

aku sememangnya teramat2 bengang dgn maxis sebab makan duit aku senang2 je,aku selalu call member aku tp suara awek maxis yg angkat,tk sampai sesaat 33sen aku dah melayang macamtu,dan masalahnya lagi kat tempat member aku,line maxis mmg macam lahanat,celaka,sihal,sb tu aku selalu call dia tak dpt.so aku mmg cukup2 bengang dgn voicemail maxis sihal ni

Fadh said...

Aku skrg da guna line Celcom tapi aku tak dapat nak deactivate voicemail guna cara dlm post tu tapi tak berjaya.

Ada cara lain?

cHu_aRE said...

dah try utk mxs n celcom. Xboleh pon :(

Anonymous said...

betul la memang tak boleh... mungkin ada cara lain kot...

Anonymous said...

Salam...admin.... Apsal kod celcom tak boleh guna???

Anonymous said...

Salam... utk menutup voice mail sila dail talian percuma celcom no:1111. Ingat tutup voice mail sekurang2nya kita mendapat pahala apabila dpt menyelamatkan kredit yg di telan tanpa kerelaan...Waluakhlam..

Psst... pesan kepada rakan2 supaya menutup voice mail utk menyelamatkan wang pengguna yg mendail no mereka.

Anonymous said...

Memang tak boleh la... kasi la detail sikit cara nak deactivate benda ni. Zalim betul syarikat telekomunikasi takde cara yang specific untuk matikan benda yang tak penting ni.

asyik " NETWORK PROBLEM " jee :(

infarosz said...

Celcom x boleh la punn.. grrr

\\azmira// said...

saya rasa kod nih dah tidak berfungsi.. mungkin maxis dah block kod nih argghh !! hate it!

Nik Badlishah said...

for celcom postpaid and prepaid user
Please use this code to disable your voice mail via call.

*61*170000000# and
*62*170000000#

TQ

Luqman Mazlan said...

Terima kasih sgt2...sye hargai sgt. Sye habiskan duit utk voicemail RM60 bulan lepas. Trok2

M asad said...

the program also includes a three-step module Noorani Qaida (the main book pronunciation of some commonly used words, difficult words and long words of the Quran). Most students are usually able to finish this short book in one to three months. We teach students on how to pronounce different letters of the Arabic alphabet from place to place in the mouth and throat (makharij), in accordance with the rules of the Arabic language. This is known as Tajweed.
Read Quran Online | Quran Study Online

Eh bang. jenuh saya dial ##002# tp bile try, tatap je masuk voicemail. cne tu?

Umm Hajar said...

untuk Celcom customers,

boleh tinggal komen kat sini:

https://getsatisfaction.com/celcom/topics/how_to_deactivate_celcom_voice_mail

nanti customer service rep dr Celcom akan call dan verify kan request untuk cancel tu. Then, diorg akan cancel kan. Hope this helps! (i've done the cancellation just now)

Anje Huby said...

Yela ar x boleh ar... ##109#...
ada cara lain x??

Digi?????

akis Penang said...

Knpa xboleh....request not complete....knp???.. adoi...xde cra lain ke tok mxs??

five nr said...
This comment has been removed by the author.
masalah manusia said...

Untuk maxis.aku baru call maxis td..nk deactive call custumer service at 1300-820-120..lepas tu ckp nk deactive voice mail..jgn risau..panggilan buat kali pertama dalam satu bulan adalah free..bertindak skrg!!!cukup panas dgn telco ni.!!

Islah Ishak said...

sy punye celcoma.. die kuar call forward cm2 la.. sme ke call forward ngn voicemail?

Islah Ishak said...

celcom check satus code *#62# ..still active lg neh..